Anda di sini

Mayat kedua ditemukan hari ke-empat SAR

Advertisement
 Mayat mangsa ditemukan di tebing sungai oleh orang awan kira-kira jam 7.52 pagi.
JUMPA: Mayat mangsa ditemukan di tebing sungai oleh orang awan kira-kira jam 7.52 pagi.

BEAUFORT: Mayat kedua yang hilang selepas hanyut dibawa arus semasa menyeberangi Sungai Padas berjaya ditemukan di Kampung Saliwangan Batu 64 Beaufort di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mayat Joseph Sayah, 55 ditemukan oleh orang awam kira-kira jam 7.52 pagi.

“Mayat mangsa yang ditemukan di tebing sungai oleh orang awam sebelum menghubungi pihak bomba untuk tindakan selanjutnya.

“Bertindak dengan panggilan, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi dan pihak bomba mengeluarkan mangsa yang tersangkut di tebing sungai menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya hasil pengecaman yang dibuat oleh keluarga mangsa di Jabatan Forensik Hospital Beaufort mengesahkan mayat yang ditemukan adalah mangsa lemas dari bot karam di Kampung Kalandos Pangi, Tenom.

Terdahulu mayat pertama berjaya ditemukan di Batu 60 di sini iaitu pada jarak 33 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh pada jam 4.45 petang 23 September lalu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Kampung Binunuk untuk proses pengecaman keluarga.

Pada 22 September lalu, empat mangsa terjatuh ke dalam Sungai Padas berhampiran Kampung Kalandos Pangi di sini semasa menyeberangi sungai berkenaan menggunakan bot selepas selesai membeli barangan keperluan di Pekan Tenom kira-kira jam 4 petang.

Dua daripada mangsa iaitu warga emas dan wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi hilang dibawa arus sungai.

  • oleh
  • Advertisement