Anda di sini

Mangsa tanah runtuh terima bantuan simen

Advertisement
 Christina (kiri) bersama Betty (dua kanan) dan Helen ketika di lokasi kejadian
TINJAU: Christina (kiri) bersama Betty (dua kanan) dan Helen ketika di lokasi kejadian

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew menyumbangkan 20 bungkus simen kepada keluarga Yu berikutan dinding rumah mangsa rosak akibat tanah runtuh.

Tanah runtuh yang berlaku di Sunny Garden pada Selasa lalu telah merosakan dinding dapur keluarga Yu.

Atas keprihatinan, Christina telah menyerahkan sumbangan itu kepada Joseph Yu 87, ketika dalam lawatan beliau ke rumah mangsa pada Jumaat.

Kejadian malang itu berlaku sekitar 7 pagi apabila anak Yu, Betty, 51, dan pembantu rumahnya sedang menyediakan sarapan pagi dalam dapur berkenaan.

"Saya bersyukur tiada ada seorang pun yang cedera dalam kejadian ini. Saya akan berhubung dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk bertindak segera mengatasi masalah seumpamanya agar tidak berulang di masa hadapan.

"Tanah di bukit ini sudah terhakis dan menjejaskan rumah teres berdekatan," katanya ketika mengadakan tinjauan ke lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Yu menzahirkan penghargaan kepada Christina atas keprihatinan serta sumbangan berkenaan.

Dalam lawatan itu, Christina juga melawat jiran Yu yang mana halaman belakang rumah turut terjejas sedikit akibat tanah runtuh.

Hadir sama dalam tinjauan itu ialah Pengawai Perhubungan DUN Api-Api Grace Lee.
 

  • oleh
  • Advertisement