Anda di sini

Kluster Julin Dabai diisytihar libatkan sebuah rumah panjang

Advertisement
 

KUCHING: Kluster Julin Dabai diisytihar melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Marudi. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan hari ini berkata seramai 84 orang disaring di bawah kluster ini. 

“Hasil saringan ke atas 84 individu ini, 70 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 14 individu didapati negatif. 

“Kesemua mereka yang positif dirawat dan diasingkan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Hospital Miri di Daerah Marudi,” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan lima kluster ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari lepas melibatkan kluster ini. 

Kluster tamat ialah Kluster Kampung Paya Mebi, Kluster Lorong Teruntum, Kluster Braang Payang di Kuching, Kluster Se-Menyan di Sibu dan Kluster Jalan Hulu Engkamop di Pakan. 

Jumlah kluster masih aktif 127 dengan tujuh daripadanya merekodkan penambahan 139 kes baharu. 

Penambahan kes baharu melibatkan Kluster Kampung Bungey 2 (33), Kluster Long Urun (20), Kluster Haidah (16), Kluster Duras (5), Kluster Batu 10 Jalan Oya (1) dan Kluster KM20 Jalan Betong (1).
 

  • oleh
  • Advertisement