Anda di sini

KATC mahu jadi Syarikat Teknologi Aeroangkasa menjelang 2026

Advertisement
 Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan
KENANGAN: Para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan

KOTA KINABALU: Pusat Latihan Aeroangkasa KKIP (KATC) mahu menjadi sebuah Syarikat Tekonologi Aeroangkasa yang diterajui sendiri rakyat Sabah menjelang 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif KATC Aminuddin Zakaria berharap kerjasama dengan rakan yang sesuai bakal membuka jalan kepada pusat yang dimiliki sepenuhnya oleh KKIP Sdn Bhd itu untuk memacu inisiatif berkenaan.

"Kerjasama dengan SMTRACK, Borneo Jet & Cargo dan Borneo Drone akan menyediakan pengetahuan serta pendedahan kepada rakyat Sabah untuk menjadi pakar.

"Usaha ini akhirnya memperkasa mereka untuk mengambil alih peranan kepemimpinan dan berjaya mengurus organisasi pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, ia sekali gus membuka peluang pekerjaan pada masa depan kepada rakyat Sabah.

"Selain itu, kita mahu membekalkan juruteknik mahir bagi menyokong pembuatan alat ganti pesawat dan ekosistem Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) di Sabah yang kemudian akan membantu ekonomi negeri," katanya.

Baru-baru ini, KATC menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SMTRACK Berhad, Borneo Jet & Cargo Sdn Bhd dan Borneo Drone Sdn Bhd.

Majlis itu disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam dan  Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Zainudin Aman.
 

  • oleh
  • Advertisement