Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 10 lagi kematian, 2,712 kes baharu

Advertisement
 

KUCHING: Sejumlah 99.82 peratus atau 2,707 daripada 2,712 kes baharu COVID-19 direkodkan di Sarawak hari ini tergolong dalam kategori satu dan dua iaitu tiada gejala dan gejala ringan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, manakala dua kes tergolong dalam kategori empat iaitu jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen serta tiga kes kategori lima dengan jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator.

Katanya, tiada kes dilaporkan melibatkan kategori 3 (jangkitan paru-paru).

“Daerah Kuching masih merekodkan kes harian tertinggi dengan 888 kes diikuti Sibu (320), Miri (190), Samarahan (145), Sri Aman (134), Bintulu (132), Serian (97), Bau (93), Marudi (63), Sarikei (53) dan Belaga (53).

“Lain-lain kes dikesan di Limbang (48), Lundu (48), Kapit (43), Betong (43), Kanowit (43), Lubok Antu (41), Simunjan (41), Asajaya (40), Pusa (35), Mukah (33), Saratok (25), Subis (17), Selangau (14) dan Tanjung Manis (12),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Turut mencatatkan kes tambahnya ialah Daro (9), Bukit Mabong (8), Tebedu (7), Pakan (6), Lawas (5), Dalat (5), Meradong (5), Tatau (46, Beluru (3), Sebauh (3), Matu (2), Julau (2), Song (1) dan Telang Usan (1).

“Dengan penambahan 2,712 kes baharu hari ini, jumlah keseluruhan kes positif di Sarawak kini sebanyak 196,146 kes,” katanya.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan 10 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini.

Kematian ini katanya melibatkan enam perempuan dan empat lelaki berumur antara 42 hingga 88 tahun.

“Enam dilaporkan meninggal di Hospital Umum Sarawak. Manakala satu masing-masing dilaporkan meninggal di Hospital Betong, Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Simunjan,” katanya.
 

Advertisement