Anda di sini

COVID-19: 13,899 kes baharu hari ini, Sarawak kekal tertinggi

Advertisement
Gambar hiasan Bernama
Gambar hiasan Bernama

KUALA LUMPUR: Setelah mencatatkan kenaikan semalam, kes baharu COVID-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas setakat 12 tengah hari menunjukkan penurunan dengan 13,899 kes direkodkan.

Menerusi perkongsian di platform media sosialnya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 655 berbanding 14,554 kes semalam.

"Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 2,185,131," katanya.

Beliau berkata Sarawak merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,712 disusuli Selangor (2,341), Johor (1,377), Kelantan (1,170), Perak (1,128) dan Pulau Pinang (1,060).

Negeri yang mencatatkan tiga angka bagi kes COVID-19 ialah Sabah (962), Pahang (779), Terengganu (760), Kedah (708), Melaka (339), Kuala Lumpur (310) dan Negeri Sembilan (194).

"Putrajaya pula mencatatkan sebanyak 37 kes, Perlis 17 kes manakala di Labuan terdapat lima kes dilaporkan sehingga 12 tengah hari tadi," katanya.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) hospital COVID-19 di seluruh negara setakat semalam ialah 70 peratus daripada 1,504 katil manakala katil bukan ICU sebanyak 60 peratus daripada 16,810 katil. - BERNAMA
 

Advertisement