Anda di sini

43 kes kematian direkodkan di Sabah

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 43 kes kematian disebabkan COVID-19 pada 24 September 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, 13 kes kematian itu dilaporkan di Sandakan, lima kes di Tawau, empat kes di Lahad Datu dan Penampang.

"Dua kes di Kota Kinabalu, Tuaran, Kalabakan dan Putatan, manakala masing-masing satu kes di Ranau, Pitas, Telupid, Kunak, Nabawan, Kota Belud, Keningau, Semporna serta Kota Marudu," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dalam pada itu katanya, penduduk Sabah yang menerima vaksin pada 23 September 2021 adalah seramai 48,601 orang.

Katanya, daripada jumlah itu seramai 28,577 orang adalah penduduk dewasa dan seramai 20,024 orang adalah penduduk remaja. 

"Kumulatif penduduk Sabah yang telah menerima vaksin dos 1 dan Cansino setakat 23 September 2021 adalah seramai 2,159,328 orang. 

"Ini meliputi 1,974,443 orang penduduk dewasa bersamaan dengan 72.7 peratus jumlah penduduk dewasa," katanya.

Manakala katanya, bagi penerima dos lengkap adalah seramai 1,657,028 atau mewakili 61 peratus dan seramai 184,885 orang penduduk remaja bersamaan 43.4 peratus jumlah penduduk remaja.
 

  • oleh
  • Advertisement