Anda di sini

16 rumah panjang di Sarawak dikenakan PKPD 

Advertisement
 

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 16 lokaliti berkuatkuasa antara 24 September hingga 6 Oktober ini. 

Kesemua lokaliti yang dikenakan PKPD ini melibatkan lapan rumah panjang (Rh) di Sri Aman, satu rumah panjang masing-masing di Meradong, Julau dan Pakan, dua rumah panjang di Betong dan tiga rumah panjang di Saratok. 

“Di Sri Aman, PKPD ini melibatkan Rh Nadwi, Gran D, Stumbin; Rh Radin, Lachau Ulu; Rh Entau, Punggu Jinggau; Rh Laka, Punggu Tinting; Rh Milu, Gua Dalam; Rh Steele, Selepong, Rh Merinding, Rapak Pantu dan Rh Stephen, Selepong. 

“Manakala di Meradong, Julau dan Pakan, arahan PKPD ini melibatkan Rh Jantan, Ulu Binatang, Bintangor; Rh Malang, Nanga Semarau, Ulu Merurun dan Rh Barang, Sg Empang,” katanya dalam kenyataan.  

Sementara itu di Betong pula, arahan PKPD ini melibatkan Rh Rokayah, Melanjan dan Rh Unting, Ng. Sela. 

Manakala di Saratok, arahan PKPD ini melibatkan Rh Thomas Malis, Batu 4, Sebetan; Rh Nyalang, Sg Buloh dan Rh Ganing, Jenggara, Sebetan. 

JPBNS turut memaklumkan lanjutan tempoh PKPD melibatkan Rh Basil, Malaka, Traie, Debak di Betong untuk tempoh 26 September hingga 6 Oktober. 

Manakala PKPD di 14 lokaliti di Pusa (1), Lubok Antu (4) dan Betong (9) ditamatkan mengikut jadual. 
 

  • oleh
  • Advertisement