Anda di sini

Yayasan Lau Gek Poh sumbang 70,000 unit oximeter

Advertisement
 Hajiji (dua kanan) menyaksikan penyerahan cek replika daripada Simon (dua kiri) kepada Dr Rose (kanan), turut kelihatan ialah Safar.
SAKSIKAN: Hajiji (dua kanan) menyaksikan penyerahan cek replika daripada Simon (dua kiri) kepada Dr Rose (kanan), turut kelihatan ialah Safar.

KOTA KINABALU: Yayasan Lau Gek Poh (Hap Seng Group) menyumbangkan 70,000 unit oximeter bernilai RM2.1 juta kepada  Pusat Penilaian COVID-19 negeri Sabah.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengarah Bukan Eksekutif Hap Seng Group Datuk Simon Shim kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin dan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor di Sri Gaya, hari ini.

"Kerajaan negeri sangat menghargai sumbangan ikhlas daripada Hap Seng Group serta sokongan berterusan syarikat itu untuk membantu memerangi pandemik COVID-19," kata Hajiji.

Hap Seng Group menerusi Yayasan Lau Geh Poh pada tahun lalu telah menyumbangkan sejumlah RM3.5 juta bagi membantu pasukan barisan hadapan di Sabah.

Menurut Simon, kumpulan pertama oximeter itu dijangka akan tiba pada Oktober depan.

Sementara itu, Dr Rose berkata, oximeter itu adalah alat penting untuk memantau tahap oksigen pesakit COVID-19.

Bagaimanapun katanya, berikutan peningkatan mendadak kes COVID-19 dalam negeri ini telah menyebabkan bekalan oximeter di hospital terhad.

Hadir sama dalam majlis penyerahan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong.
 

  • oleh
  • Advertisement