Anda di sini

'Safari Berakit' dirancang di Siniawan, Krokong dan Gua Angin

Advertisement
Miro (dua kanan) bercakap pada sidang media di Ayak Gallery, Pekan Siniawan di Bau hari ini. Turut kelihatan Robert (dari kanan), Lo dan Chua. -Gambar Chimon Upon
Miro (dua kanan) bercakap pada sidang media di Ayak Gallery, Pekan Siniawan di Bau hari ini. Turut kelihatan Robert (dari kanan), Lo dan Chua. -Gambar Chimon Upon

BAU: Acara 'Safari Berakit', satu lagi produk pelancongan baharu yang dirancang diperkenalkan di Siniawan yang terletak dalam daerah ini. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata selain Siniawan, aktiviti pelancongan ini juga dirancang di kawasan Krokong dan Gua Angin. 

Terbaru katanya, sebuah galeri seni iaitu Ayak Gallery dibuka di Pekan Siniawan bagi mempamerkan hasil karya pelukis tempatan. 

“Ayak Gallery ini sepatutnya di lancar hari ini tetapi tidak dapat diadakan atas kesulitan tertentu. 

“Galeri ini mempamerkan banyak hasil lukisan daripada pelukis tempatan terkenal dan ia adalah satu cara untuk kita membantu pelukis tempatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Sarawak Adventure Challenge (SAC) 2021 di Ayak Gallery, Pekan Siniawan di sini hari ini. 

Hadir sama ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang, Pengarah Perlumbaan SAC Chua Juan Chuan dan Robert Basiuk mewakili penganjur Draco Action Sports. 

Tambah Miro, Ayak Gallery ini merupakan satu-satunya galeri seni yang diwujudkan di luar Kuching. 

Selain mempamerkan hasil karya tempatan, galeri ini juga salah satu cara untuk membantu mengangkat industri seni tempatan.  

Dalam pada itu galeri ini ditempatkan di salah sebuah lot kedai lama di pekan Siniawan yang diubah suai tanpa menjejaskan bangunan berusia hampir 100 itu. 

Selain lukisan bernilai tinggi, galeri ini turut mempamerkan alat muzik sape, ukiran serta klinik atau kelas melukis dan sape. 

Pembukaan galeri ini juga memberi tambah nilai kepada tarikan pelancongan di pekan lama penuh bersejarah ini. 

Antara tarikan di pekan ini ialah pasar malamnya serta Festival Muzik Country selain turut dikelilingi tarikan lain seperti Buddhist Village, Serembu Eco Park dan lain-

Advertisement