Anda di sini

Sabah rekod 1,273 kes baharu COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sebanyak 1,273 kes baharu COVID-19 hari ini dengan penurunan sejumlah 356 kes berbanding semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, secara keseluruhan perbandingan statistik 23 September 2021 dengan hari ini menunjukkan perubahan angka jangkitan yang tidak statik.

"Penurunan angka jangkitan hari ini selari dengan bilangan daerah yang merekodkan penurunan kes iaitu dengan statistik 14 daerah mencatatkan penurunan dan 13 daerah mencatatkan peningkatan kes.

"Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan iaitu dengan catatan 203 kes, merekodkan peningkatan sebanyak 50 kes.

"Kawasan perbandaran lain juga merekodkan penurunan kecuali Lahad Datu, Penampang, Senporna dan Papar," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara daerah lain yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Beluran (54 kes) , Lahad Datu (25 kes), Telupid (11 kes) dan Beaufort (10 kes).

Katanya, daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara pula ialah Ranau (157 kes), Kinabatangan (154 kes), Pitas (40 kes), Sandakan (36 kes), Tuaran (27 kes), Keningau (21 kes), Putatan (21 kes), Sipitang (19 kes), Kota Belud (17 kes), Kota Marudu (16 kes) dan Tawau (12 kes). Terdapat 10 kes melibatkan Orang Kena Tahan atau banduan yang dicatat semalam.

"Daripada 1,273 kes yang didaftar hari ini, 541 kes adalah kes-kes lewat daftar diantara dua sehingga tiga hari, 18 kes adalah lewat daftar empat sehingga lima hari dan 11 kes adalah kes yang berdaftar lewat melebihi lima hari.

"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah hari ini dengan 784 kes, saringan bergejala 368 kes, lapan kes daripada saringan kluster, lima kes dari saringan bersasar dan 108 kes melalui saringan Lain-lain," katanya.

Menurutnya, daripada 1,273 kes yang berdaftar hari ini, 212 kes adalah pesakit dalam Kategori 1, 948 kes dalam Kategori 2, tiada kes dalam Kategori 3, tujuh kes dalam Kategori 4 dan enam kes dalam Kategori 5.

"100 kes masih dalam siasatan. 93.09 peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit adalah warganegara Malaysia,"katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement