Anda di sini

PKPD di 13 lagi kawasan di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Tiga belas lagi lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, lokaliti yang dikenakan PKPD melibatkan daerah Bintulu, Miri, Julau, Lubok Antu, Sarikei, Betong dan Saratok. 

“Di Bintulu, PKPD dilaksanakan di Rh. Achoi Anak Jampung & Rh. Lang Anak Baja, Batu 18 berkuatkuasa dari 23 September hingga 2 Oktober 2021.

“Manakala PKPD di USMP Industries Sdn. Bhd., Lot 1528-1529, Permy Technology Park, Jalan Tudan, Bandar Baru Permyjaya, Tudan di Miri pula dari 23 September hingga 3 Oktober 2021,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut JPBNS berkata, dua lokaliti di Julau iaitu Rh. Nyanau, Nanga Telesa Mujok dan Rh. Sally, Lubok Langgir, Ulu Merurun diperintahkan menjalani PKPD dari 24 September hingga 3 Oktober 2021.

“Turut dikenakan PKPD dalam tempoh sama adalah Rh. Mani, Kumpang Paoh B, Engkilili dan Rh. Liam, Rantau Kemayau Manis, Ulu Engkari masing-masing di Lubok Antu,” katanya. 

Sementara itu, empat lokaliti di Sarikei diarahkan menjalani PKPD berkuatkuasa 25 September hingga 4 Oktober 2021 iaitu Rh. Nyanggau, Sg. Meramat; Rh. Endawie, Sg. Kawan; Rh. Jana, Tanah Putih dan Rh. Augustine Mat, Tanah Putih.

“PKPD turut dilaksanakan mulai 25 September hingga 5 Oktober di Rh. Loya Seman, Kamidan Asal di Saratok serta di dua lokaliti di Betong iaitu di Rh. Intai, Suri Baroh dan Rh. Tila, Luing,” katanya. 

Dalam pada itu JBPNS memaklumkan tiada pelanjutan PKPD hari ini.

“20 lokaliti yang dikenakan PKPD sebelum ini ditamatkan mulai hari ini (24 September 2021),” katanya. 
 
Antara yang ditamatkan PKPD hari ini adalah tiga lokaliti di Sarikei iaitu Rh. Guang, Sg. Tekalong, Rh. Sumpun, Sg. Selidap dan Rh. Gundak, Sg. Paoh Sarikei.

Turut ditamatkan PKPD adalah sembilan lokaliti di Pakan iaitu Rh. Ganda, Manding Pakan; Rh. Elly, Kerangan Langgir; Rh. Jembau, Tanjong Kedang; Rh. Barak, Nyalak Ili; Rh. Kadam, Sg. Buloh; Rh. Mancha, Ng Moa Ulu Sugai; Rh. Suie, Wak; Rh. Richard Dom, Lubok Geraji dan Rh. Lawang, Sg. Kura.

Di Sri Aman, penamatan PKPD membabitkan Kampung San Demam, Undop manakala di Betong, Rh. Manggat, Sg. Pelandok dan Rh. Jembat, Ulu Dit, Debak.

“Selain itu, turut ditamatkan PKPD hari ini adalah Kampung Hulu Maludam dan Kampung Semarang di Pusa; Bilik Sewa Atas Kedai Sin Thian Hiang Cefe di Bintulu; Kuarters Pekerja Tamar Estate, Semanok di Tatau dan Rh. John Anak Damu, Sg. Labang, KM60, Jln. Bintulu-Miri di Sebauh,” jelasnya lagi.  

Advertisement