Anda di sini

MID intai peluang baharu berfaedah kepada rakyat

Advertisement
 Joachim (tengah) bersama para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan selepas MoU
BAGUS: Joachim (tengah) bersama para tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan selepas MoU

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Perindustrian (MID) sentiasa mencari peluang-peluang baharu yang dapat membawa pembangunan berfaedah kepada rakyat di Sabah.

Menterinya Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata, pihaknya juga menggalakkan syarikat-syarikat dibawah kementerian dan organisasi-organisasi lain untuk bersama meneroka peluang-peluang yang ada.

“Kita berharap dengan memeterainya MoU ini, KKIP Aerospace akan menjadi pusat latihan yang unggul dari segi pengendalian teknikal berkaitan dengan kapal terbang dan seterusnya menjadi juruteknik kapal terbang atau pesawat udara tanpa pemandu.

“Apa yang kita inginkan ialah menyediakan modal insan yang terbaik dan berkualiti di mana sijil yang diperolehi dalam bidang ini kemudiannya dapat digunakan untuk menceburi industri berkaitan sama ada di peringkat domestik ataupun antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan upacara majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KKIP Aerospace Sdn. Bhd. dengan Kumpulan AERODYNE, SMTRACK Berhad dan Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) di sini, hari ini.

Beliau juga yakin dengan potensi Aeroangkasa diwujudkan di Sabah. Bidang berkenaan dapat memberikan pengetahuan seterusnya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Joachim juga berharap misi KKIP Aerospace Training Centre (KATC) akan menjadi 'Aerospace Technological Company' pada tahun 2026 akan tercapai dan dikemudi oleh rakyat Sabah.
 

  • oleh
  • Advertisement