Anda di sini

Jeffrey sampaikan sumbangan kepada May

Advertisement
 Lectus (kanan) mewakili Dr Jeffery menyampaikan sumbangan kewangan yang diterima oleh ibu May sambil disaksikan oleh May.
SAMPAIKAN: Lectus (kanan) mewakili Dr Jeffery menyampaikan sumbangan kewangan yang diterima oleh ibu May sambil disaksikan oleh May.



KENINGAU: Ahli Parlimen Keningau Datuk Seri Panglima Jeffrey Kitingan turut bersimpati dengan keadaan salah seorang penduduk di kampung Ritting Apin-Apin, May Chell Jauhin, 13, yang menghidap penyakit kanser tulang (kaki).


Sehubungan dengn itu, Ketua Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Lectus Fung yang mewakili Jeffrey datang meluangkan masa menziarahi keluarga berkenaan di kediamannya.


Sempena lawatan itu, Lectus menyampaikan bantuan kewangan sumbangan Jeffrey bagi meringankan beban keluarga May yang amat memerlukan bagi membiayai rawatan susulan.


Lectus turut mendoakan agar May mendapat kesembuhan segera dan tabah dalam menjalani rawatan seterusnya dan berharap agar mana-mana pihak yang berkemampuan tampil untuk membantu  meringankan beban keluarga May.


Keluarga May menzahirkan ucapan terima kasih diatas keperhatinan dan sumbangan dari Jeffery.

  • oleh
  • Advertisement