Anda di sini

HIEXKK anjur pelbagai aktiviti komuniti bulan September

Advertisement
 HIEXKK merakamkan gambar kenangan ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu
KENANGAN: HIEXKK merakamkan gambar kenangan ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pelbagai aktiviti menarik berkaitan komuniti telah diadakan oleh Holiday Inn Express Kota Kinabalu (HIEXKK) pada bulan September.

Para kakitangan IHG telah berkumpul untuk bersama-sama menjayakan program seperti Bazar Amal Express, pengedaran set peralatan pelindung diri (PPE) kepada pusat kuaranti di Akademi Bomba Sepanggar, hadir ke majlis penghargaan dan banyak lagi.

Pengurus Besar Kluster Najeeb Kurungottu bersama pasukan hotelnya turut berkesempatan bertemu dengan Menteri Kerajaan  Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun baru-baru ini.

 Masidi (tengah) bersama pasukan HIEXKK yang mengadakan kunjungan
TERUS SOKONG: Masidi (tengah) bersama pasukan HIEXKK yang mengadakan kunjungan

"Pentingnya sokongan berterusan diantara satu sama lain khususnya dalam tempoh mencabar ini.

"Bagi pihak IHG, kita akan sentiasa berusaha untuk membantu komuniti yang memerlukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, HIEXKK akan mengadakan kempen derma darah di hotel berkenaan pada 1 sehingga 2 Oktober depan.
 

  • oleh
  • Advertisement