Anda di sini

Empat Penolong Pegawai Antidadah didenda RM39,000, kemuka dokumen palsu

Advertisement
__alt__

KOTA KINABALU:

Empat Penolong Pegawai Antidadah didenda RM39,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini atas tuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk membuat tuntutan.

Keempat-empat tertuduh iaitu Mohd Hanip Juarip, 33; Razilah Sahad, 39, Panduan Paglin, 40 dan Erwan Roslan, 41 mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Bagi enam pertuduhan altenatif yang dibacakan terhadap Mohd Hanip menyatakan tertuduh menggunakan beberapa dokumen palsu iaitu sembilan resit hotel berjumlah RM1,473 bermula Februari hingga Ogos 2017 untuk membuat tuntutan di dalam Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri di Pejabat Agensi Anti-Dadah Sabah.

Lapan pertuduhan alternatif untuk Razilah pula menyatakan tertuduh menggunakan dokumen palsu iaitu 18 keping resit hotel berjumlah RM4,009 bermula April hingga Disember 2017 untuk membuat tuntutan di dalam Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri di Pejabat Agensi Anti-Dadah Sabah.

Sementara itu enam pertuduhan altenatif bagi Panduan juga menyatakan tertuduh menggunakan dokumen palsu iaitu 13 keping resit hotel berjumlah RM3,443 bermula Mac sehingga November 2017 untuk membuat tuntutan di dalam Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri di Pejabat Agensi Anti-Dadah Sabah.

Pertuduhan altenatif bagi Erwan pula menyatakan tertuduh mengemukakan 13 keping resit hotel berjumlah RM2,938 bermula Februari hingga November 2017 untuk membuat tuntutan di dalam Kenyataan Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri di Pejabat Agensi Anti-Dadah Sabah.

Tindakan kesemua tertuduh yang mengetahui dokumen itu adalah palsu didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 465 Kanun yang sama.

Untuk itu Mohd Hanip diarahkan untuk membayar denda sebanyak RM 1,500 untuk setiap pertuduhan dengan jumlah keseluruhan denda sebanyak RM9,000.

Razilah diarahkan untuk membayar keseluruhan RM12,000 bagi lapan pertuduhan manakala Panduan dan Erwan masing-masing turut diarahkan membayar RM9,000 denda bagi kesalahan mengikut akta sama dan kesemua tertuduh membayar denda yang ditetapkan mahkamah.

  • oleh
  • Advertisement