Anda di sini

Tiada kluster baharu, 18 lokaliti dikenakan PKPD 

Advertisement
Gambar hiasan
Gambar hiasan

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata tiada kluster baharu COVID-19 diisytiharkan di Sarawak hari ini menjadikan jumlah kluster yang aktif di negeri ini ketika ini sebanyak 131.

“Empat kluster diisytiharkan tamat iaitu Kluster Kampung Bunuk, Kuching, Kluster Jalan Buan, Tatau 3, Kluster Tanjong Bako, Kuching dan Kluster Jalan Hospital, Sri Aman.

“Manakala enam daripada 131 kluster yang aktif, enam merekodkan penambahan kes baharu iaitu Kluster Industri Jalan Semeba (6), Kluster Sibulu-Nowang (5), Kluster Batu 13 Jalan Puncak Borneo (3), Kluster Pinang Jawa (3), Kluster Kampung Sikog (1) dan Kluster Chama Ajai (1),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, JPBNS memaklumkan 18 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula dari 22 September hingga 3 Oktober 2021.

“Lokaliti-lokaliti dikenakan PKPD mulai 22 hingga 1 Oktober 2021 ialah Rh. Ambrose, Pakit  A, Rh. Angsat, Pakit B di Sri Aman, Rh. Tegong, Skim Skrang, Lubok Antu, Rn Antau Anak Sait, Sungai Empang Baru, Tatau dan Rh Semali Anak Tor, KM5, Jln Bintulu-Bakun, Bintulu.

“Bermula 23 September hingga 2 Oktober 2021, lokaliti-lokaliti dikenakan PKPD ialah Rh. Tini Rijan, Munggu Ruan, Undop, Rh. Dunggau, Gayau Ulu, Pantu, Rh. Maureen, Kara Begunan, Pantu, Rh. Winston Mupit, Sg. Besai, Pantu, Rh. Unggin, Kara Tinting Jagu, Pantu di Sri Aman, Rh. Ubat, Nanga Serau, Julau, Rh. Jantan, Genting Kopi , Pakan dan Rh. Tanjung, Sg. Lelabi, Bintangor, Meradong,” katanya.

Manakala Rh. Sati Sungai Pitos, Kop, Ibus, Roban, Kabong, Rh. Jamu, Peligong, Sebetan  danRh. Untan,Tanjung Sikup, Melupa di Saratok, PKPD bermula hari ini  (23 September )sehingga  3 Oktober 2021.

Dua lagi lokaliti dikenakan PPKD ialaj Rh. Regina, Sg, Kawan Sarikei dan Rh. Agan, Mupoh Atas berkuatkuasa 24 September hingga 3 Oktober 2021, tambahnya.

“Hari ini JPBNS memutuskan untuk melanjutkan tempoh PKPD di Rh. Mau, Entaban Ulu dan Rh. Garak, Munggu Menggeris, Debak di Betong bermula 24 September hingga 3 Oktober 2021.

“Manakala  PKPD ditamatkan di 57 lokaliti antaranya di Rh. Usay, Sg. Tukup, Sare, Sarikei, Rh. Rampai, Sg. Anyit Selangan, Sarikei, Rh. Jangi Anak Jambai, Km1, Jalan Ulu Sebauh, Rh Engkang Anak Anggang , Km23 Jalan Bintulu Miri, Blok A, B, M, L,G Flat Sg. Plan, Blok I PRP Bandaria Park, Kuartrs Pekerja Huawei Trading, Rh Sekaya Anak Tulong , Sg. Penyarai , Kakus dan Rh. Senin Anak Ngindang, Jalan Serupai Pesisir , Tatau,” katanya.

Lokaliti lain ditamatkan PKPD ialah Kuaters Pekerja Blok Nibong, Ratna dan Rama , Lidang Jiba, Keresa Plantation , Tubau, Rh. Eyus Anak Asek Sg. Senggam, Jalan Ulu Sebauh, Rh. Gani Anak Lamsam, Sg. Sebangat, Jalan Sebauh- Bintulu, Rh, Jangu Anak Tahir, Ulu Sebauh, Kuarter Pekerja Doriwood Sdn Bhd dan Rh Sibat Anak Sumbang , Batu 29 Jalan Bintulu- Miri.

Turut ditamatkan PKPD ialah di Bilik Sewa atas Kedai Pergigian Chieng, Jalan Keppel, Shahida Commercial Centre Bintulu, Rh. Isa Anak Megong, Sg Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau , Bilik Sewa atas Kedai 53 Mini Mart, Rh. Mat Anak Sampei, KM8, Sg. Separai dan Rumah Sewa Tan Hock Kee (Rumah Sewa Patrick) atas Kedai Pasar Sebauh.

  • oleh
  • Advertisement