Anda di sini

Seramai 850 penduduk Pulau Berhala terima vaksin COVID-19

Advertisement
 Antara penduduk yang hadir menerima vaksin dalam program tersebut.
VAKSIN: Antara penduduk yang hadir menerima vaksin dalam program tersebut.

SANDAKAN: Seramai 850 orang penduduk menerima vaksin COVID-19 menerusi ‘Program Jiwa Murni Army Combat Medic Vaccination Programme bersama Agensi Awam’ di Pulau Berhala, di sini kelmarin.

Markas Divisyen Kelima Infantri dalam kenyataannya berkata, program itu adalah usaha untuk membantu pemberian vaksin COVID-19 dan mempercepatkan imuniti kelompok di negeri ini.

“Kami membantu Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sabah dalam melaksanakan program vaksinasi secara sistematik dan kapasiti yang lebih besar.

“Peranan kami lebih kepada melancarkan proses pendaftaran, serahan borang persetujuan dan memberikan suntikan vaksin,”katanya.

Menurutnya, seramai seorang pegawai dan 10 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam menjayakan program vaksinasi tersebut.

Katanya, Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB2) telah terlibat secara langsung membantu dalam menangani krisis kesihatan global pandemik COVID-19 di seluruh negara.

“MK ATB 2 banyak membantu khususnya dalam sokongan bantuan perubatan, logistik dan melaksanakan pelbagai operasi sejak awal penularan wabak COVID-19        di negara ini.

“Kami komited melaksanakan peranan utama dan sekunder termasuk tanggungjawab sosial kepada masyarakat demi memastikan kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah terus dipelihara,” katanya.

MK ATB 2 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Antaranya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), UPPM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

  • oleh
  • Advertisement