Anda di sini

Isu PRN, masa untuk GPS bertegas

Advertisement
Abdul Yakub Arbi
Abdul Yakub Arbi

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan memberi laluan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN) nanti.

Menurut beliau, kemesraan antara kerajaan GPS-PN ketika ini tidak boleh disalah tafsir.

"Walaupun mesra dan bileh bekerjasama di peringkat persekutuan, namun GPS tetap tegas dalam hal-hal tertentu," katanya kepada Utusan Borneo.

Abdul Yakub yang juga Ahli Majlis Tertinggi PBB memberitahu tidak salah untuk GPS mengekalkan semangat mesra Kerajaan Persekutuan seperti yang diamalkan selama ini tidak kira mana-mana kerajaan terbentuk.

Sikap GPS itu katanya wajar diteruskan daripada mewujudkan sifat permusuhan yang tidak menguntungkan.

Langkah mengekalkan sifat mesra dilihat memberikan kelebihan berbanding bermusuhan.

Katanya,  meskipun mesra tetapi ia tidak boleh diambil ringan atau tunduk kepada sebarang tekanan hanya kerana mengamalkan pendekatan mesra.

Sebelum ini, Abdul Karim dipetik berkata, rakyat serta negeri hanya akan ditadbir oleh parti tempatan yang diterajui anak Sarawak.

Keputusan itu harus dihormati bukan sahaja oleh PN, namun juga semua komponen parti luar Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement