Anda di sini

Urusan pelepasan kuarantin, pemotongan gelang dipindah ke Stadium Terbuka Miri

Advertisement
Notis pemberitahuan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.
Notis pemberitahuan dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.

MIRI: Berkuat kuasa hari ini, semua urusan berkaitan dengan pusat pengeluaran surat pelepasan kuarantin (RO) dan pemotongan gelang pengawasan akan dipindahkan ke Stadium Terbuka Miri. 

Pejabat Kesihatan Bahagian Miri hari ini memberitahu lokasi baharu itu terletak di belakang stadium terbuka berkenaan (yang bertentangan dengan kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Miri). 

Semua urusan masih dilakukan secara pandu lalu dengan masa operasi pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang. 

Manakala waktu rehat pada hari Isnin hingga Khamis ialah dari jam 12.30 tengah hari hingga 2 petang, sementara hari Jumaat ialah dari jam 11.45 pagi hingga 2.15 petang. 

Operasi untuk pandu lalu pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum pula bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. 

Jurucakap Pegawai Kesihatan Bahagian Miri turut memaklumkan bahawa pandu lalu untuk ujian calitan pula dilaksanakan di hadapan pintu masuk Stadium Tertutup Miri, manakala Pusat Penilaian COVID-19 bahagian daerah Miri masih kekal di Dewan Suarah Miri. 

Advertisement