Anda di sini

Penangguhan pembayaran SST sehingga 28 Disember 2021

Advertisement
 Nizam (kanan) bersama Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya (tengah) dan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick (kiri).
DUN: Nizam (kanan) bersama Pembantu Menteri Kewangan Jasni Daya (tengah) dan ADUN Kadamaian Datuk Ewon Benedick (kiri).

KOTA KINABALU: Penangguhan pembayaran Cukai Jualan Negeri (SST) yang dikuatkuasakan pada 1 Mei lepas dilaksanakan sehingga 28 Disember 2021.

Pembantu Menteri Kewangan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk melaksanakan penangguhan berkenaan sebagai langkah awal dalam mencari jalan penyelesaian terbaik agar pelaksanaan SST memberikan 'win-win situation' kepada semua pihak yang terlibat.

Menurutnya, kerajaan negeri akan meneruskan pelaksanaan SST dan akan mengadakan sesi libat urus dengan semua pemain industri yang terlibat.

"Kutipan SST dapat membantu memperluas dan meningkatkan hasil negeri bagi menampung perbelanjaan operasi dan pembangunan negeri khususnya sektor perikanan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Calvin Chong Ket Kiun (DAP-Elopura) mengenai permohonan penundaan pelaksanaan SST ke atas komoditi perikanan yang dibawa keluar dari Sabah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Nizam berkata, selepas Kementerian Kewangan Negeri Sabah mengeluarkan notis pemakluman penguatkuasaan dan kaedah SST baharu, pembayaran cukai hendaklah dibuat sebelum pengeksportan dijalankan.

Bagaimanapun jelasnya, bagi memberi ruang dan masa kepada para pembayar cukai untuk mengadaptasi proses pembayaran cukai jualan baharu, kerajaan negeri turut membenarkan tempoh selama tiga bulan bermula 1 Mei hingga 31 Julai 2021.

Menurutnya, tempoh berkenaan kemudiannya dilanjutkan lagi untuk tempoh tiga bulan bermula 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2021 menerusi notis kedua bertarikh 28 Julai 2021.

"Dalam tempoh berkenaan, para pengeksport dibenarkan membuat eksport atau pemindahan terlebih dahulu dan pembayaran cukai kemudian.

"Bagaimanapun, para pengeksport masih perlu membuat pembayaran dalam tempoh 28 hari dari tempoh yang dikenakan untuk membayar cukai.

"Sebagai contoh, bagi eksport atau pemindahan pada April 2021, SST hendaklah dibayar pada atau sebelum 28 Mei 2021 dan seterusnya," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement