Anda di sini

COVID-19: Sarawak rekod 1,712 kes baharu, satu kematian

Advertisement
 

KUCHING: Kes harian COVID-19 di Sarawak menurun kepada 1,712 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kini 188,843 kes. 

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu 99.88 peratus atau 1,710 kes adalah kategori 1 dan 2. 

Hanya 0.12 peratus atau dua kes di bawah kategori 3 hingga 5, masing-masing satu kes kategori 4 dan kategori 5. 

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi 480 kes diikuti Bintulu (321), Miri (167), Bau (152), Sibu (117), Serian (62), Mukah (37), Subis (37), Saratok (36), Kapit (35), Sri Aman (27), Samarahan (24), Pusa (20), Tatau, Simunjan dan Tebedu masing-masing 19 kes. 

“Lain-lain kes dikesan di Limbang (18), Sarikei (16), Kabong (15), Betong (13), Belaga (13), Lubok Antu (12), Lawas (11), Matu (7), Asajaya (5), Lundu (5), Marudi (5), Selangau (4), Dalat (4), Meradong (3), Kanowit (3), Sebauh (2), Telang Usan (2), Pakan (1) dan Beluru (1),” katanya. 

JPBNS turut memaklumkan terdapat satu kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di Sri Aman melibatkan lelaki berumur 81 tahun. 

Kes katanya dilaporkan meninggal pada 20 September di Hospital Sri Aman dan turut mempunyai penyakit darah tinggi dan strok.

Mengenai laporan notis kompaun, polis mengeluarkan 16 kompaun di Kuching (10), Padawan (5) dan Miri (1) atas kesalahan melanggar garis panduan (SOP). 

Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak mengeluarkan satu kompaun di bawah seliaan Majlis Daerah Sarikei atas kesalahan buku daftar tidak lengkap. 
 

  • oleh
  • Advertisement