Anda di sini

Bomba bantu terbangkan vaksin ke Miri dan Sibu

Advertisement
Proses pemindahan vaksin yang diterbangkan menggunakan pesawat Unit Udara JBPM.
Proses pemindahan vaksin yang diterbangkan menggunakan pesawat Unit Udara JBPM.

MIRI: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang berpangkalan di Miri menjalankan operasi membawa vaksin jenis Pfizer dari Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah ke Pusat Farmasi Bahagian Miri dan Pusat Farmasi Bahagian Sibu, hari ini.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak Khirudin Drahman berkata operasi menggunakan pesawat jenis Mi17i M994-04 diterbangkan Kapten Mohd Ruzaidi Ramlee dan dibantu Kapten Ahmad Fissol Ismail.

Turut bersama dalam penerbangan itu adalah seorang jurutera penerbangan, tiga pegawai Air Quartermaster dan seorang Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

"Operasi ini adalah bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melalui surat permohonannya pada 21 September. 

"Vaksin ini adalah bagi kegunaan vaksinasi golongan yang berusia 12 hingga 15 tahun di Miri dan Sibu yang dijangkakan akan bermula pada masa yang terdekat," katanya dalam satu kenyataan media. 

Dalam pada itu, Khirudin berkata jumlah berat keseluruhan muatan barangan tersebut ialah 2,274 kilogram. 

  • oleh
  • Advertisement