Anda di sini

Tiada kesan sampingan vaksin remaja 16 dan 17 tahun di Mukah setakat ini

Advertisement
 

MUKAH: Tiada kesan sampingan atau komplikasi kesan daripada suntikan vaksin melibatkan remaja 16 dan 17 tahun di Bahagian Mukah setakat ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin (gambar) kepada media pada Selasa.

"Setakat ini (Selasa), tiada laporan kes kesan sampingan daripada suntikan vaksinasi dilaporkan," jelasnya.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja berumur 16 dan 17 tahun akan diteruskan untuk dos kedua bermula pada 30 September ini.

Ia melibatkan pelajar Tingkatan Empat dan Lima yang telah menerima suntikan dos pertama lalu.

Jadual penerima dari sekolah berkaitan bakal diberikan.

PICK Remaja 16 dan 17 tahun di Mukah bagi dos pertama diadakan pada 9 hingga 11 September lepas di Dewan Suarah Mukah.

Sarawak merupakan negeri pertama menjalani program tersebut diikuti oleh negeri-negeri lain setelah itu.

  • oleh
  • Advertisement