Anda di sini

Polis tunggu laporan forensik untuk kesan mangsa pedofilia Alladin

Advertisement
 

SERIAN: Polis Sarawak dijangka akan mendapat laporan penuh dari Jabatan Forensik Bukit Aman berhubung kandungan telefon bimbit milik lelaki pedofilia Alladin Lamin, seawal bulan hadapan.

Demikian menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang turut memberitahu pihaknya akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sebaik sahaja laporan tersebut diterima nanti.

"Buat masa ini kita masih menunggu lagi laporan forensik daripada Bukit Aman dan selepas mendapatkan ia nanti, maka kita akan merujuk kepada pendakwa raya untuk tuduhan.

"Kita jangkakan akan dapat laporan tersebut pada bulan hadapan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hari ini.

Menurutnya, adalah penting mengetahui kandungan telefon bimbit suspek untuk pihak polis mengenalpasti kanak-kanak yang menjadi mangsa suspek.

"Seramai lima kanak-kanak telah membuat laporan polis terhadap suspek setakat ini.

"Kita difahamkan juga, mangsa adalah kanak-kanak yang tinggal kawasan kejiranannya, termasuk anak-anak pekerja ladang sawit berdekatan dan kebanyakannya lelaki," katanya.

Alladin kini sedang menjalani hukuman penjara 48 tahun, 6 bulan dan 15 sebatan atas 18 pertuduhan 16 dan 17 Ogos lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017(Akta 792).

Tangkapan dibuat oleh Bahagian Siasatan Seksual Penderaan dan Kanak-kanak (D11) selepas dia didapati memiliki ribuan bahan pornografi kanak-kanak di telefon bimbitnya.

Suspek ditangkap dengan kerjasama daripada D11 Bukit Aman, JSJ Polis Sarawak bersama Polis Australia.

  • oleh
  • Advertisement