Anda di sini

COVID-19: Tiga kluster baharu di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Tiga lagi kluster baharu COVID-19 diisytihar di Sarawak dengan dua daripadanya melibatkan kluster institusi dan satu kluster tempat kerja.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan berkata, dua kluster institusi ialah Kluster Pusat Kemuyang Timur, Sibu dan Kluster Batu 10 Jalan Oya, Sibu, manakala kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan P.Ramlee, Kuching.

“Kluster Pusat Kemuyang Timur dikesan melibatkan pelajar dan penghuni sebuah pusat jagaan anak-anak yatim di Lorong Kemuyang Timur, Jalan Kemuyang, Sibu.

“Seramai 85 orang disaring di bawah kluster ini dengan 16 orang didapati positif termasuk kes indeks, 69 individu masih menunggu keputusan dan 16 kes baharu dilaporkan hari ini,” katanya.

Bagi Kluster Batu 10 Jalan Oya, ujar JPBNS, ia dikesan melibatkan penghuni dan pengunjung sebuah pusat rehabilitasi yang terletak di Batu 10, Jalan Oya, Sibu.

Di bawah kluster ini, katanya, seramai 82 orang disaring dengan 36 orang didapati positif termasuk kes indeks, 46 individu didapati negatif dan enam kes baharu dilaporkan hari ini.

“Manakala Kluster Jalan P.Ramlee pula dikesan melibatkan penghuni sebuah kuarters pekerja sebuah syarikat pembinaan yang terletak di Jalan P. Ramlee, Kuching.

“Seramai 101 orang disaring dengan 70 orang didapati positif termasuk kes indeks dan 31 orang lagi didapati negatif,” jelasnya.

Sementara itu, JPBNS memaklumkan Kluster Kampung Senari, Kuching ditamatkan selepas tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas. 

Sebanyak 140 kluster masih aktif dengan 11 kluster merekodkan 126 penambahan kes baharu. 

  • oleh
  • Advertisement