Anda di sini

COVID-19: 3,724 kes baharu dilaporkan di Sarawak hari ini

Advertisement
 

KUCHING: Kategori satu dan dua merekodkan jumlah tertinggi iaitu 3,715 atau 99.76 peratus daripada 3,724 kes baharu COVID-19 dilaporkan di Sarawak hari ini.

Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataannya hari ini, berkata manakala hanya sembilan kes iaitu 0.24 peratus merupakan kategori tiga, empat dan lima.

“Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak hari ini ialah 3,724 menjadikan jumlah kumulatif kini ialah 187,131.

“1,836 atau 49.30 peratus kes dilaporkan hari ini ialah kategori satu (tiada gejala), 1,879 atau 50.46 peratus pula kategori dua  (gejala ringan), manakala tiga kes masing-masing bagi kategori tiga (jangkitan paru-paru), kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator), “ jelasnya.

JPBNS berkata hanya dua daerah iaitu Tanjung Manis dan Telang Usan tidak merekodkan kes baharu hari ini .

Kuching katanya terus merekodkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 1,509, diikuti Sibu (372), Bintulu (249), Samarahan( 224), Miri (202), Sri Aman (161), Betong (89), Sarikei (88), Serian (79), Limbang (77), Bau (71), Asajaya (66), Lundu (55), Belaga (51), Kapit (47), Pusa (46), Maradong (43), Saratok (41), Mukah (31) dan Song (29).

Daerah-daerah lain yang turut melaporkan kes baharu hari ini ialah Pakan (26), Lubok Antu (26), Subis (24), Sebauh (18), tatu (17), Daro (16), Selangau (11), Simunjan (10), Tebedu (9), Kabong (7), Lawas (5), Matu (5), Julau (5), Marudi (4), Dalat (3), Beluru (3), Bukit Mabong 3) dan Kanowit (2).

“Sebanyak 12 kes kematian baharu dilaporkan dalam tempoh 10 September 2021 hingga 20 September 2021 menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini meningkat kepada 709.

“Mangsa termuda kali ini merupakan remaja lelaki berusia 15 tahun di Miri, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Miri pada 19 September 2012. Mangsa mengalami kecederaan otak akibat kemalangan pada Julai lalu dan memerlukan bantuan sokongan khas,” katanya.

Pada 10 September 2021, seorang wanita 66 tahun dari Betong dilaporkan meninggal dunia di Hospital Betong.Mangsa dikatakan mempunyai penyakit darah tinggi dan strok.

JPBNS menambah pada 14 September 2021, dua kematian akibat COVID-19 dikesan membabitkan wanita warga emas berumur 99 tahun dari Sarikei. Mangsa meninggal dunia di rumah sebelum jenazahnya dibawa ke Hospital Sarikei.

Mangsa dilaporkan mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit paru-paru kronik.

Pada hari sama, seorang wanita berumur 60 tahun dari betong dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 . Mangsa mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan asma.
    
“Satu kematian dilaporkan pada 17 September 2021 membabitkan seorang lelaki 86 tahun dari Betong. Mangsa telah meninggal dunia di rumah dan jenazahnya dibawa ke Hospital Betong. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi dan penyakit jantung,” katanya.

Pada 19 September 2021, empat lagi kematian baharu dilaporkan dengan dua daripadanya di Kuching membabitkan wanita berumur 83 dan 91 tahun. Kedua-dua wanita berkenaan mempunyai ko-morbid seperti penyakit darah tinggi, kencing manis, penyakit buah pinggang kronik dan penyakit jantung.

Manakala seorang lelaki 61 tahun dari Limbang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19 pada tarikh sama. Mangsa ada ko-morbid penyakit darah tinggi dan kencing manis.

“Mangsa seterusnya wanita 61 tahun dari Kapit yang mempunyai pelbagai penyakit seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit paru-paru obstruktif kronik,” tambahnya.

Bagi kes kematian baharu hari ini JPBNS memberitahu seorang lelaki, 91 tahun dari Kuching meninggal dunia di Hospital Bau. Mangsa mempunyai penyakit darah tinggi, dislipidemia dan kanser.

“Kes kematian kedua hari ini juga melibatkan lelaki, 80 tahun dari Betong dan kes ketiga seorang wanita, 85 tahun dari Sibu. Kedua-dua mangsa mempunyai pelbagai ko morbid antaranya darah tinggi, dislipidemia, penyakit buah kronik, penyakit paru-paru obstruktif dan anemia,” jelas JPBNS.

  • oleh
  • Advertisement