Anda di sini

Banjir: Lapangan Terbang Lawas ditutup tiga hari

Advertisement
Keadaan Lapangan Terbang Lawas yang dinaiki air hari ini.

LAWAS: Kira-kira 18 penerbangan ke Lawas dibatalkan ekoran penutupan Lapangan Terbang Lawas selama tiga hari bermula hari ini berikutan landasannya dinaiki air.

Menurut kenyataan Pejabat Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, penutupan ini menjejaskan 18 penerbangan ke Lawas hari ini sehingga Khamis, iaitu empat penerbangan hari ini, lapan penerbangan pada Rabu dan enam penerbangan pada Khamis.

Kata kenyataan itu lagi, perkhidmatan lapangan terbang itu dijangka disambung semula pada Jumaat ini selepas kerja-kerja membersihkan landasan selesai, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca.

“Penutupan ini juga disebabkan keadaan landasan yang merbahaya untuk pendaratan dan pelepasan pesawat,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Henry Sum Agong telah menetapkan keutamaan dalam pelaksanaan sebuah lapangan terbang baharu Lawas di kawasan Sundar.

Pada masa ini kajian sedang dijalankan oleh pelbagai agensi di bawah kementerian bertanggungjawab sebelum kerja pelaksanaan dapat dilakukan.

  • oleh
  • Advertisement