Anda di sini

ADUN Tellian sumbang 25 oksimeter nadi kepada Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah

Advertisement
Felix (depan, kiri) ketika menyerahkan oksimeter nadi kepada Dr Huzaimah (depan, kanan) sambil disaksikan oleh yang lain.

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian Yussibnosh Balo menghulur sumbangan dalam bentuk 25 unit oksimeter nadi kepada pihak Pejabat Keaihatan Bahagian Mukah pada Selasa.

Menurut Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Huzaimah Husin, ia bagi kegunaan pemantauan tahap serta kandungan oksigen bagi kontak rapat yang dikuarantin di kediaman mereka.

"Kita akan pinjamkan pulse oximeter ini kepada mereka yang dikuarantin di rumah sepanjang tempoh kuarantin," katanya ketika majlis ringkas penyerahan pada Selasa.

Pemantauan dilaksanakan secara harian oleh pasukan kesihatan kepada semua kontak rapat yang dikuarantin menerusi panggilan telefon.

Bacaan oksigen amat penting untuk diketahui khususnya dalam kalangan golongan berisiko tinggi seperti warga emas, wanita mengandung dan individu mempunyai penyakit kronik.

Melalui pemantauan harian seperti tu, pengesanan awal gejala teruk dapat dipastikan dan sekali gus dapat dirujuk ke peringkat sepatutnya.

ADUN Tellian diwakili oleh Kaunselor Felix Pieng dan majlis itu turut dihadiri Pegawai Daerah Mukah Shafrie Saili.

  • oleh
  • Advertisement