Anda di sini

Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dalam serangan bom di Afghanistan

Advertisement
 

KABUL: Sekurang-kurangnya dua orang awam terbunuh dalam serangan bom yang menyasarkan kenderaan Taliban di bandar Jalalabad, timur Afghanistan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik sumber hospital.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, sekurang-kurangnya lima orang termasuk beberapa anggota Taliban turut cedera dalam serangan berkenaan.

Sehingga kini, masih belum ada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Pada Sabtu, sekurang-kurangnya dua orang maut dan 21 yang lain cedera dalam siri letupan di Jalalabad dan Kabul. - Bernama 

Advertisement