Anda di sini

Warga emas maut, kereta terjunam ke sungai

Advertisement
 Anggota bomba berjaya mengeluarkan kenderaan mangsa dari sungai.
MENYELAMAT: Anggota bomba berjaya mengeluarkan kenderaan mangsa dari sungai.

SANDAKAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan maut selepas dipercayai kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Kampung Batu 7 di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Thien Nyuk Kong, 62, hanya disedari berada di dalam kenderaannya selepas dikeluarkan oleh pasukan bomba.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi.

“Pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima laporan daripada orang awam terdapat sebuah kenderaan yang dilihat timbul di muara sungai berkenaan.

“Sepasukan tujuh anggota dan seorang pegawai bersama tiga jentera digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat,” katanya.

Menurutnya, sebaik berjaya dikeluarkan, pasukan bomba menemukan seorang lelaki di dalam kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.

“Mangsa dibawa ke Hospital Sandakan dan kes diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi itu berjaya ditamatkan sepenuhnya kira-kira jam 7.58 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement