Anda di sini

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu depan

Advertisement
 

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan terutama dengan campur tangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada pasaran tunai.

Minggu ini, purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.72 peratus sementara satu, dua dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.77 peratus, 1.81 peratus dan 1.85 peratus.

Bank pusat campur tangan setiap hari untuk mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan dengan mengadakan tender pasaran wang lelongan julat tempoh matang, tender pasaran wang konvensional, tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), tender repo dan tender repo berbalik.

Jumlah lebihan kecairan dalam sistem konvensional untuk minggu ini menurun kepada RM30.20 bilion daripada RM31.84 bilion pada minggu sebelumnya, sementara dalam sistem Islam, ia naik kepada RM19.80 bilion daripada RM17.62 bilion sebelumnya. - BERNAMA   
 

Advertisement