Anda di sini

Penubuhan hub sukan tenpin boling tepat

Advertisement
Abdul Karim (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Hub Sukan Tenpin Bowling ABAS/SSC di Megalanes Sarawak. Turut kelihatan Lamat (dari kiri), Nancy, Snowdan, Sunny dan Dr Ong.
Abdul Karim (tiga kanan) melakukan simbolik perasmian Hub Sukan Tenpin Bowling ABAS/SSC di Megalanes Sarawak. Turut kelihatan Lamat (dari kiri), Nancy, Snowdan, Sunny dan Dr Ong.

KUCHING: Inisiatif Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) menubuhkan hub sukan bagi tenpin boling adalah tepat pada masanya. 

Menteri Sukan dan Belia Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata hub sukan ini bukan sahaja menyokong Visi Sukan Negara 2030 tetapi juga meningkatkan lagi pembangunan sukan dalam negeri. 

“Ini adalah satu program yang hebat kerana ia akan menyokong pembangunan tenpin boling di Sarawak dan di samping meningkatkan standard permainan ke tahap lebih tinggi. 

“Kita memberi tabik kepada ABAS kerana menjadi persatuan pertama di Sarawak membina hub sukan sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang untuk membangun pemain tenpin boling ke tahap lebih tinggi,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hub Sukan Tenpin Boling ABAS/SSC di Megalanes Sarawak, Batu Kawa di sini hari ini. 

Tambah Abdul Karim, matlamat hub sukan ini adalah untuk meletakkan Sarawak sebagai negeri kuasa sukan dengan fasiliti berkelas dunia, program latiahn dan kejurulatihan holistik menerusi kolabarasi antara SSC dan ABAS. 

Katanya ia sentiasa menjadi visi Sarawak untuk menjadi negeri kuasa sukan di negara dan ini boleh dicapai dengan sokongan kuat daripada semua persatuan sukan tempatan. 

Mengenai kemudahan di Megalanes Sarawak yang mula beroperasi pada 2016, Abdul Karim berkata ia diiktiraf sebagai pusat boling perdana di Asia oleh Persekutuan Bowling Asian (ABF) dan Bowling Dunia (WB). 

Sejak 2016 katanya ABAS telah berjaya menganjurkan beberapa kejohonan boling antarabangsa dan kebangsaan di Megalanes ini. 

Antaranya Sukan Malaysia (SUKMA), Kejohanan Terbuka Antarabangsa Sarawak, Sukan Para Dunia, Kejohanan Boling Antara Bandar Asia, Kejohanan Boling Antarabangsa Remaja Asia dan Kejohanan Boling Sekolah-Sekolah Asia. 

Sarawak menurut Abdul Karim juga boleh menjadi satu lagi lapangan latihan bagi atlet kebangsaan negara dan persediaan bagi Sukan Olimpik 2028 di Amerika Syarikat yang mana acara tenpin boling dijangka akan dipertandingkan.  

Turut hadir Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Nancy Jolhi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak Lamat Nyalau, Ketua Pegawai Eksekutuf SSC Dr Ong Kong Swee dan Presiden ABAS Sunny Si. 
 

  • oleh
  • Advertisement