Anda di sini

Vaksinasi remaja di Sabah bermula esok

Advertisement
HAJIJI
HAJIJI

KOTA KINABALU: Vaksinasi untuk golongan remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negeri ini dibenarkan bermula esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam kenyataannya berkata, kerajaan negeri memutuskan perkara itu selepas perbincangan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, langkah itu seiring dengan pendirian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberikan vaksin kepada seberapa ramai remaja dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Katanya, ia juga sebagai salah satu persediaan bagi sesi pembukaan persekolahan secara bersemuka yang dijangka bermula pada 3 Oktober depan.
 

  • oleh
  • Advertisement