Anda di sini

Tiga maut, tiga selamat insiden tanah runtuh

Advertisement
 Lokasi tanah runtuh membabitkan dua individu maut.
MAUT: Lokasi tanah runtuh membabitkan dua individu maut.

PENAMPANG: Dua maut manakala empat selamat selamat dalam insiden tanah runtuh di Bundusan di sini petang tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata mangsa masing-masing dikenali sebagai Salmah Hamid, 25, dan Rosatima Asbirin, 5 meninggal dunia dalam kejadian jam 3.30 petang.

Katanya empat lagi mangsa terselamat iaitu seorang wanita berumur 22 tahun serta bayi dan kanak-kanak berumur lapan bulan sehingga tiga tahun.

"Kejadian membabitkan enam mangsa akibat tanah runtuh  dan mendapati dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas disahkan oleh pegawai perubatan

"Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

  • oleh
  • Advertisement