Anda di sini

Program vaksinasi SSB dapat sambutan menggalakkan

Advertisement
 Pemberian vaksin di Dewan Serbaguna Cenderamata, Dumpas dapat sambutan menggalakkan daripada pekerja SSB.
PEKERJA: Pemberian vaksin di Dewan Serbaguna Cenderamata, Dumpas dapat sambutan menggalakkan daripada pekerja SSB.

KALABAKAN: Program vaksinasi yang dianjurkan oleh Sabah Softwoods Berhad (SSB) dapat sambutan menggalakkan daripada kakitangannya dan penduduk setempat, di sini kelmarin.

Program yang dijalankan di Dewan Serbaguna Cenderamata, Dumpas itu mensasarkan seramai lebih 1,000 orang yang akan menerima suntikan vaksin di lokasi tersebut.

Pengurus Komunikasi Korporat SSB, Sahruddin Paidi berkata program tersebut adalah usahasama SSB bersama Hospital Tawau dan Klinik Kesihatan Kawasan (PKK) Tawau.

“Program tersebut dijalankan seawal jam 8.30 pagi dan semua yang hadir akan menerima suntikan vaksin jenis CanSino.

“Inisiatif itu dibuat bagi memudahkan pekerja dan penduduk setempat kerana mereka tidak perlu keluar jauh untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Menurutnya, usaha memberikan vaksin kepada pekerja dan penduduk adalah aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat bagi membantu kerajaan mewujudkan imuniti kelompok.

“Saya melihat sambutan program tersebut sangat menggalakkan dan ia menunjukkan orang ramai sudah sedar terhadap kepentingan pengambilan vaksin.

“Mereka sudah mula faham bahawa vaksin yang diberikan oleh kerajaan mampu mengekang penularan wabak COVID-19 dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata, program seumpama ini akan diteruskan oleh pihak SSB sehingga semua pekerja berjaya mendapat suntikan vaksin.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya PKK Tawau dan Hospital Tawau dalam menjayakan program vaksinasi tersebut.

“SSB berharap semua pekerja dapat memanfaatkan kemudahan yang diberikan itu supaya mereka dapat mengelak daripada menjadi penyebar wabak COVID-19,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement