Anda di sini

Kerajaan negeri terima sumbangan alat kesihatan dan bakul makanan

Advertisement
 Hajiji (dua kanan) menerima mesin bantuan oksigen yang disumbangkan oleh Lee (dua kiri).
SUMBANGAN: Hajiji (dua kanan) menerima mesin bantuan oksigen yang disumbangkan oleh Lee (dua kiri).

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Sabah menerima sumbangan berupa peralatan kesihatan dan bakul makanan daripada dermawan Tan Sri Lee Kim Yew.

Lee menyampaikan sumbangan berkenaan melibatkan 30 mesin bantuan oksigen, 20,000 pelitup muka, dan herba kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu majlis ringkas di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Mesin bantuan oksigen berkenaan akan digunakan di hospital-hospital di negeri ini.

Hajiji turut menyampaikan 5,000 bakul makanan sumbangan Lee kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Datuk Dzulkarnain Ahmad yang akan diedarkan ke cawangan jabatan berkenaan di Sabah.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong.
 

  • oleh
  • Advertisement