Anda di sini

Hujan lebat sebabkan banjir di sekitar ibu negeri

Advertisement
 Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat.
PINDAH: Pasukan bomba membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat.
 Gelinciran tanah yang berlaku di kawasan Madsiang, Penampang.
GELINCIRAN: Gelinciran tanah yang berlaku di kawasan Madsiang, Penampang.
 Keadaan kenderaan yang terjejas banjir kilat di salah sebuah kawasan di sini.
BANJIR: Keadaan kenderaan yang terjejas banjir kilat di salah sebuah kawasan di sini.

KOTA KINABALU: Hujan lebat beserta ribut selama beberapa jam menyebabkan sebahagian besar kawasan sekitar ibu negeri terjejas banjir kilat.

Keadaan itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas malah menggangu pergerakan di jalan utama sekitar sini.

Antara kawasan terkesan termasuklah Kolombong, Luyang, Inanam malah beberapa daerah berdekatan iaitu Penampang turut terjejas teruk.

Banjir kilat itu menyebabkan paras air meningkat mendadak sehingga mencecah paras dada, beberapa kenderaan turut terjejas teruk berikutan tidak sempat dialihkan ke kawasan tinggi.

Hujan lebat turut menyebabkan gelinciran tanah di Kampung Madsiang yang menjejaskan kereta serta rumah yang dihuni beberapa individu. 

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berkenaan kejadian banjir kilat ini.

“Panggilan pertama diterima daripada pemilik rumah di Kampung Gudon kira-kira jam 3.12 petang yang mendakwa bimbanh sekiranya berlaku tanah runtuh berhampiran kawasan rumah.

“Hasil pemeriksaan bagaimanapun mendapati tiada runtuhan tanah dan menasihati mangsa agar segera menghubungi pihak bomba atau berpindah ke kawasan selamat jika berlaku runtuhan,” katanya.

Menurutnya pasukan bomba kemudian melaksanakan bantuan pemindahan kepada mangsa banjir di Damai berikutan paras banjir sudah mencecah paras paha.

Katanya pihak bomba masih menjalankan operasi pemeriksaan berikutan keadaan hujan yang masih berlanjutan.

Dalam pada itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sabah termasuk pedalaman membabitkan Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort; pantai barat termasuk Papar, Puatatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud serta Pitas dan Kudat.

  • oleh
  • Advertisement