Anda di sini

Dua aset TLDM sertai exsesais PASSEX bersama TLDA

Advertisement
 TLDM dan TLDA semasa melaksanakan Eksesais PASSEX.
EKSESAIS: TLDM dan TLDA semasa melaksanakan Eksesais PASSEX.
 TLDM dan TLDA semasa melaksanakan Eksesais PASSEX.
EKSESAIS: TLDM dan TLDA semasa melaksanakan Eksesais PASSEX.

KOTA KINABALU: Dua aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) termasuk KD Perak dan KD Kedah berjaya menyertai Eksesais Passage (PASSEX) bersama kapal Tentera Laut Diraja Australia (TLDA), HMAS SIRIUS (O 266) di sekitar Perairan Kota Kinabalu semalam.

Panglima Armada Timur Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata eksesais PASSEX adalah salah satu inisiatif yang sering dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan diplomasi antara TLDM dan tentera laut serantau. 

“Melalui pelaksanaan eksesais ini juga, warga TLDM turut berpeluang menguji kemahiran serta kebolehupayaan operasi bersama walaupun dalam situasi pandemik yang melanda dunia sekarang.

“HMAS SIRIUS iaitu kapal bantuan logistik yang berkhidmat hampir 15 tahun bersama TLDA ini mampu melaksanakan siri ‘Replenishment At Sea’ (RAS) bersama dua kapal dalam satu tempoh masa yang sama tanpa mengira waktu siang mahupun malam serta mempunyai dek helikopter bagi pelaksanaan sebarang operasi. 

“Kapal ini juga sedang melaksanakan misi pelayaran terakhir melalui Perairan Sabah dan akan kembali ke Pangkalan TLDA bagi penamatan perkhidmatan serta pelucutan tauliahnya secara rasmi pada Disember nanti,” katanya.

Menurutnya selain pelaksanaan evolusi RAS, KD Perak dan KD Kedah turut berpeluang melaksanakan siri evolusi manuver taktikal dan membentuk formasi di laut sebelum meneruskan pelayaran masing-masing. 

“Secara keseluruhan, eksesais ini mencapai objektifnya serta menguji kemampuan aset TLDM dalam melaksanakan operasi bersama aset negara lain. 

“Setiap evolusi yang berjaya dilaksanakan membuktikan komitmen, profesionalisme dan kesediaan kedua warga Angkatan Laut ini,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement