Anda di sini

Cuba masuk Sarawak, lapan warga asing diusir pulang

Advertisement
PATI yang ditahan dan diusir keluar dalam operasi tersebut.
PATI yang ditahan dan diusir keluar dalam operasi tersebut.

LUNDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun antara lapan warga Indonesia yang diusir keluar dalam cubaan mereka menyeludup masuk ke Sarawak ini, hari ini.

Markas Divisyen Pertama Infantri dalam kenyataan akhbarnya memberitahu kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) terbabit ditangkap di kawasan Biawak, Lundu sekitar jam 7.30 pagi.

Menurutnya, semasa disoal siasat, mereka mengaku menyeludup masuk ke negeri ini untuk mencari pekerjaan.

"PATI dikesan memasuki kawasan Malaysia dari arah Indonesia melalui laluan tikus iaitu kira-kira 300 meter dari sempadan Malaysia-Indonesia.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua empat lelaki dan tiga wanita serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Susulan itu, kesemua mereka kemudian ditahan dan diusir keluar dari sempadan Malaysia.

Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan selanjutnya.

"Tentera Darat khususnya di Sarawak amat komited menggalas tanggungjawab meneruskan inisiatif Op Benteng dalam mengekang aktiviti PATI menyelinap masuk ke Sarawak serta kegiatan jenayah rentas sempadan," tegasnya.

  • oleh
  • Advertisement