Anda di sini

COVID-19: Tiga kluster baharu di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan tiga kluster baharu di negeri ini iaitu dua di Pakan dan satu di Bau yang kesemuanya kluster komuniti.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, di Bau iaitu Kluster Sebobok melibatkan penduduk sebuah perkampungan iaitu Kampung Sebobok yang terletak di kawasan Jagoi, Bau.

"Seramai 84 orang disaring dan daripada itu 76 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala lapan individu didapati negatif dan lapan kes baharu dilaporkan pada hari ini.

"Manakala kluster di Pakan, Kluster Sungai Ipoh yang dikesan melinatkan penduduk sebuah rumah panjang terletak di Sungai Ipoh dimana seramai 41 individu disaring dengan 37 daripadanya didapati positif sementara empat individu didapati negatif dan 36 kes baharu dilaporkan pada hari ini," katanya.

Satu lagi kluster di Pakan, Kluster Sungai Buloh yang dikesan melibatkan satu rumah panjang terletak di Sungai Buloh.

Di mana 23 orang individu yang disaring dan daripada itu 21 orang didapati positif termasuk kes indeks sementara seorang individu didapati negatif, seorang masih menunggu keputusan dan 20 kes baharu dilaporkan pada hari ini.

JPBNS berkata, Jabatan Kesihatan Negeri turut mengisytiharkan satu kluster tamat pada hari ini iaitu Kluster Kampung Sungai Linsat, Serian selepas tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari yang lepas melibatkan kluster ini.

Katanya dengan itu sebanyak 141 kluster masih aktif di Sarawak setakat ini.

Advertisement