Anda di sini

25 individu dikompaun langgar SOP COVID-19

Advertisement
MASIDI
MASIDI

KOTA KINABALU: Sebanyak 25 kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dikeluarkan di seluruh Sabah semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, daripada jumlah itu, seramai 13 individu dikenakan kompaun kerana gagal mendaftar masuk premis.

Katanya, tiga kompaun dikenakan atas kesalahan tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan dan empat kompaun dikenakan kepada pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi.

Menurutnya, dua kompaun masing-masing melibatkan kesalahan tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka, manakala seorang dikompaun membawa penumpang berlebihan.

"Sejumlah 83 operasi sekatan jalan raya (SJR) dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan sebanyak 32,489 kenderaan.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 92 kenderaan diarah berpatah balik," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, lima lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok hingga 29 September termasuk dua lokaliti di Kota Marudu.

Masidi berkata, lokaliti yang terlibat termasuk Kampung Kirangawan (Darat dan Tengah) dan Kampung Pinatau di Kota Marudu, Kampung Nuntunan Apin-Apin Keningau, Kampung Lungkidau Ranau, dan Perumahan Pekerja Ladang Bousted Ruku-Ruku Telupid.

Menurutnya, enam lagi lokaliti ditamatkan PKPD termasuk tiga lokaliti yang ditamatkan awal dari tarikh yang dijadualkan di Kota Belud iaitu Kampung Labuan, Ambong Tolus serta Rampayan Laut.

Katanya, tiga lokaliti lagi tamat PKPD termasuk Taman Ria Height Tawau, Kampung Narawang dan Mininsalu Baru (Pasir Putih) Ranau.
 

  • oleh
  • Advertisement