Anda di sini

Sarawak rekod 1,983 dengan 99.7 peratus kategori satu dan dua

Advertisement
 

KUCHING: Sarawak merekodkan penurunan kes baharu COVID-19 iaitu 1,983 kes hari ini berbanding 3,522 kes semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan daripada 1,983 kes berkenaan, 1,977 kes atau 99.7 peratus adalah bagi kategori satu dan dua sementara enam kes atau 0.3 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima. 

Jawatankuasa berkata, sebanyak 1,595 kes atau 75.90 peratus daripada 1,983 kes baharu COVID-19 adalah kategori satu (tiada gejala), 472 atau 23.80 peratus pula kategori dua (gejala ringan).

Manakala satu kes atau 0.05 peratus kategori tiga (jangkitan paru-paru), satu kes atau 0.05 peratus kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan empat kes atau 0.20 peratus kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

"Daripada jumlah kes baharu hari ini, daerah Kuching kekal yang tertinggi iaitu 561 kes diikuti Bintulu (355), Serian (257), Sibu (145),  Miri (88), Sri Aman (73), Lubok Antu (59), Bau dan Tebedu masing-masing (48), Saratok (42), Limbang dan Belaga masing-masing (36).

"Turut merekodkan kes Kapit serta Subis masing-masing (31), Pusa (28), Sarikei (23), Simunjan (17), Samarahan dan Song (15), Tatau (14), Betong (12), Meradong (8), Lundu (7), Sebauh dan Selangau (6), Lawas (5), Beluru dan Telang Usan (4), Bukit Mabong (3), Asajaya dan Kanowit (2) serta Mukah dan Julau (1)," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

JPBNS memaklumkan Sarawak merekodkan sembilan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 hari ini dan keseluruhan kes kematian di negeri ini meningkat kepada 639.

Sembilan kes kematian berkenaan melibatkan mereka berusia 51 tahun hingga 89 tahun dimana enam kematian melibatkan wanita dan tiga melibatkan lelaki.

Kematian berkenaan direkodkan dua di Hospital Umum Sarawak, dua di Hospital Bintulu, dua di Hospital Sri Aman dan masing-masing satu kematian di hospital Sibu, Miri dan Serian.

  • oleh
  • Advertisement