Anda di sini

Runtuhan batu: Mayat pemandu jengkaut berjaya dikeluarkan

Advertisement
Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan runtuhan.
Mayat mangsa dibawa keluar dari kawasan runtuhan.

BAU: Pemandu jengkaut yang dilaporkan tertimbus dalam runtuhan batu di sebuah kuari di Jalan Tanjung Durian, Siniawan di sini ditemui mati, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata mangsa Anthony Kan-na,49, dikeluarkan dari runtuhan tersebut pada jam 12.23 tengah hari.

Menurutnya, pasukan operasi berjaya mengorek memggunakan jengkaut dan menjumpai sebahagian tempat duduk jentera yang tertimbus.

"Komander operasi mengarahkan anggota penyelamat menjalankan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan tertimbus.

"Pada jam 12.23 tengah hari, (mayat) mangsa berjaya dikeluarkan dari jengkaut dan seterusnya diserahkan kepada polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa seterusnya dihantar ke Jabatan Perubatan Forensi Hospital Bau untuk tindakan selanjutnya.

Advertisement