Anda di sini

PKPD di 24 lokaliti di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Sebanyak 24 lokaliti di Sarawak diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), manakala sejumlah 11 lagi ditamatkan pelaksanaannya.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata PKPD itu melibatkan daerah Bintulu, Sebauh, Pakan, Julau, Meradong, Sarikei dan Saratok. 

Di Bintulu katanya, PKPD dikuatkuasakan mulai 13 hingga 26 September membabitkan Rumah Jangu Tahir, Ulu Sebauh; Rumah Sibat Sumbang, Batu 29, Jalan Bintulu-Miri; Bilik Sewa atas Kedai 53 Mini Mart; Rumah Isa Megong, Sg Sebemban, Jalan Pesisir Kuala Tatau; Bilik Sewa atas Kedai Pergigian Chieng, Jalan Keppel, Shahida Commercial Centre dan Kuarters Pekerja Doriwood Sdn Bhd.

“Turut diperintahkan menjalani PKPD dalam tempoh sama adalah dua lokaliti di Sebauh iaitu Rumah Sewa Tan Hock Kee (Rumah Sewa Patrick) atas Kedai Pasar Sebauh dan Kuaters Pekerja, Blok Nibong, Ratna, Dan Rama, Ladang Jiba, Keresa Plantation, Tubau.

“Sementara itu di Pakan, PKPD dikuatkuasakan dari 14 hingga 27 September 2021 membabitkan Rh. Ningkan, Lubok Ubi, Rh. Ajau, Ulu Kota dan Rh. Jambai, Ulu Nunggang,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut JPBNS berkata, PKPD daalam tempoh sama turut dilaksanakan di Rh. Bunyak, Nanga Dong di Julau dan Rh. Jawi, Sg. Gemuan, Bintangor di Meradong. 

Di Sarikei katanya, PKPD membabitkan Rh. Gundak, Sg. Paoh Sarikei, Rh. Guang, Sg. Tekalong dan Rh. Sumpun, Sg. Selidap dari 14 hingga 27 September 2021. 

“Sementara itu Rh. Musit Sg. Kesuli, Bukit Sebangkoi di Sarikei dan tujuh lokaliti di Saratok diarahkan menjalani PKPD dari 15 hingga 29 September 2021. 

“Ia membabitkan Rh. Dickson Chendang, Rantau Kechala; Rh. Kunjan, Bila Dua, Tekurap, Kabo; Rh. Maling, Babang, Krian; Rh. Juli, Lempa, Kabo; Rh. Ikom; Senyawan Rh. Tayai, Tinting Kelampai, Abu, Krian dan Rh. Anita, Balai Badak, Sg. Kelampai,” jelasnya lagi.

JPBNS turut memaklumkan 11 lokaliti ditamatkan PKPD hari ini dan esok. 

Penamatan PKPD mulai hari ini (14 September 2021) katanya, membabitkan dua lokaliti di Bintulu, Sebauh (1), Pusa (1), Lubok Antu (3), Sri Aman (2) dan Simunjan (1) manakala PKPD di Rh. Jelian, Wong Kerdat, Entabai di Julau ditamatkan 15 September 2021.  

“Selain itu Ladang TH Sg. Rasau di Simunjan dilanjutkan tempoh PKPD dari 14 hingga 20 September 2021.

“Sementara PKPD di Rh. Walter, Munggu Demam di Sri Aman dan dua lokaliti di Lubok Antu iaitu Rh. Endawie, Nanga Jela, Batang Ai serta Rh. Ubam, Lio, Engkelili dilanjutkan dari 14 hingga 28 September 2021,” katanya.

Turut dilanjutkan tempoh PKPD berkuat kuasa 15 hingga 19 September 2021 adalah tiga lokaliti di Serian iaitu Kampung Simpok, Kampung Mundai dan Kampung Lintang Baru.

JPBNS juga memaklumkan daerah Telang Usan telah bertukar ke status jingga setelah merekodkan sebanyak 23 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Ini katanya, menjadikan sejumlah tiga daerah berstatus jingga sementara 35 daerah berstatus merah, kuning (2) dan hijau (0). 

Mengenai notis kompaun, polis Sarawak mengeluarkan 24 kompaun iaitu sembilan di daerah Kuching, Bintulu (9) dan Miri (6) kerana telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

JPBNS berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun dikeluarkan pihak polis adalah sebanyak 10,749 kompaun.

  • oleh
  • Advertisement