Anda di sini

Pasar Tamu Selangau ditutup tiga hari untuk sanitasi

Advertisement
Gambar hiasan

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) hari ini mengeluarkan arahan penutupan sementara Pasar Tamu Selangau selama tiga hari bermula 15 hingga 17 September.

Arahan itu berkuat kuasa bermula esok bagi tujuan sanitasi dan proses basmi kuman.

MDLBS dalam satu kenyataan memberitahu, sepanjang tempoh penutupan itu tiada sebarang aktiviti perniagaan dibenarkan dijalankan di pasar itu,

Pasar Tamu Selangau dijadual beroperasi semula seperti biasa pada 18 September.

Sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi pegawai MDLBS Ling Tung Ang (019-8199200) atau Rubiady Rosli (011-31800266).

Advertisement