Anda di sini

Operasi kekang ternak haiwan di kediaman ditangguh, kakitangan MDLBS positif COVID-19

Advertisement
 

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menangguhkan operasi mengekang penternakan haiwan di kediaman di kawasan pentadbirannya.

Pengerusi MDLBS Sempurai Petrus Ngelai (gambar) berkata keputusan itu dibuat selepas terdapat beberapa kakitangan MDLBS dikesan positif COVID-19. 

"Sepatutnya, operasi berkenaan bermula pada minggu lepas namun oleh kerana ramai kakitangan MDLBS yang terlibat dengan operasi tersebut diuji positif COVID-19, jadi saya terpaksa tangguhkan terlebih dahulu.

"Setakat ini seramai 11 orang kakitangan MDLBS yang sepatutnya terlibat dengan operasi berkenaan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC)," katanya semasa dihubungi hari ini.

Menurut Sempurai, ketika ini MDLBS memberi tumpuan membantu agensi penguatkuasa lain memantau pemantuhan prosedur operasi standard (SOP).

Pada bulan lalu, MDLBS mengumumkan untuk melancarkan operasi kegiatan penternakan haiwan di kawasan kediaman di Sibujaya, Kemuyang dan Stapang.

Operasi tersebut dilakukan serentak di Sibujaya, Kemuyang dan Stapang.

Sebelum ini, MDLBS membuat ketetapan membenarkan pemilik rumah memelihara tidak lebih lima ekor ayam atau itik untuk tujuan sementara, biasanya untuk tujuan sajian bagi ibu lepas bersalin dan perayaan.

Sekiranya lebih daripada lima ekor ayam di belakang rumah tanpa izin MDLBS, ia adalah satu kesalahan di bawah Seksyen (4)(a) UndangUndang Kecil Kebersihan.

Advertisement