Anda di sini

Dua maut pesawat ringan terhempas di perairan Greece

Advertisement
 

ATHENS: Sebuah pesawat ringan terhempas di perairan pulau Samos, Greece di Laut Aegean pada Isnin menyebabkan dua penumpang maut, lapor Xinhua memetik Agensi Berita AMNA.

Kedua-dua mayat ditemukan Pengawal Pantai tempatan. Pesawat Cessna 172 itu dalam perjalanan menuju ke Samos dari Israel sebelum terhempas.

Punca nahas masih disiasat. - BERNAMA

Advertisement