Anda di sini

Varian Delta tersebar luas di Sarawak

Advertisement
 

KUCHING: Penjujukan genom pada varian SARS-COV 2 di negeri ini oleh Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengesahkan varian Delta kini merupakan varian COVID-19 yang dominan di negeri ini.

Menurut pengarah IHCM Prof Dr David Perera, pada 31 Ogos, sejumlah 303 varian yang membimbangkan (VOC) tambahan dikesan daripada 307 kes positif.

Jelas beliau, semua VOC yang dikesan adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Keseluruhan varian Delta dikesan pada kadar 99 peratus diperhatikan dalam laporan ini  dan ia mewakili peningkatan dari 82 peratus yang dilaporkan oleh IHCM pada 2 Ogos baru-baru ini.

“Oleh itu, data menunjukkan varian Delta adalah varian dominan yang tersebar luas di Sarawak pada masa ini,” ujar Dr David dalam laporan terbarunya kepada ketua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah di sini hari ini.

IHCM telah membantu JPBNS untuk mengesan varian SARS-COV 2.

Mengulas lanjut Dr. David berkata, varian Delta juga dikesan di bahagian Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang dan kes Import A dengan kadar pengesanan 100 peratus.

Bahagian Sibu dan Kapit pula mencatatkan 97 peratus sementara bahagian Bintulu 98 peratus.

  • oleh
  • Advertisement