Anda di sini

Ujian calitan rentas daerah dimansuhkan, kecuali Bintulu

Advertisement
Gambar sekadar ilustrasi

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memutuskan keputusan ujian RT-PCR atau RTK-Antigen tidak diperlukan bagi pergerakan merentas daerah di Sarawak kecuali untuk Bahagian Bintulu berkuatkuasa 14 September 2021.

JPBNS dalam satu kenyataan hari ini berkata, pergerakan rentas daerah bagaimanapun masih perlu mendapatkan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan laporan jujukan genom penuh ke atas sampel-sampel positif COVID-19 dan berdasarkan hasil saringan dari 12 Bahagian di Sarawak oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera.

“Melaluinya, Dr David telah mengesahkan bahawa hampir 100 peratus sampel yang diambil merupakan varian Delta dan ini bermakna varian Delta telah merebak ke seluruh negeri Sarawak.

“Oleh itu, JPBNS telah memutuskan bahawa keputusan ujian RT-PCR atau RTK-Antigen tidak diperlukan bagi pergerakan merentas daerah kecuali untuk Bahagian Bintulu berkuatkuasa 14 September 2021,” ujarnya.

  • oleh
  • Advertisement